LET’S GET CONNECTED
TALK TO US
  • +60 12 902 3625
  • emi@top2toestyliesta.com

Profile – Malay Version



Puan Emi Idura Che Hashim, merupakan Pengasas, Pengarah Urusan dan juga Perunding Prinsipal Top2ToeStyliesta Image Consulting , diakreditasi dan diktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Perunding Imej Dan Warna Profesional daripada Institut Imej terkemuka dunia , London Image Institute, United Kingdom.

Dengan pengiktirafan oleh Puan Lynne Henderson Marks, selaku Presiden London Image Institute dan salah seorang Perunding Imej Master di dunia, membolehkan Puan Emi diakreditasi Muslimah Wanita Pertama Malaysia yang diiktiraf dari pusat imej itu. Sebelum diakreditasi oleh London Image Institute, beliau memperoleh pensijilan di dalam Masteri Bahasa Universal Analisis Warna oleh Puan Ferial Youakim,  dari ByFerial Image Consulting & Training, Australia dan juga pensijilan di dalam program professional secara talian, Etika di Meja Makan Majlis Rasmi oleh Charleston School of Protocol and Etiquette, Amerika Syarikat.

17 tahun berpengalaman di syarikat korporat, dan sedekad bersama syarikat gergasi utama GLC di Kuala Lumpur, Khazanah Nasional Berhad ; Puan Emi memulakan karier beliau sebagai Jurulatih Korporat dengan menawarkan program berfokuskan “Penjenamaan Peribadi dan Penampilan Profesional” yang merangkumi modul Pengurusan Imej , Etika dan Protokol Perniagaan , Etika di Meja Makan Majlis Rasmi, Perkhidmatan Pelanggan dan Bengkel Hijab (Gaya bertudung buat Muslimah Profesional) kepada syarikat seperti Khazanah Nasional Berhad, Yayasan Khazanah, Petronas, Tenaga Nasional Berhad, DRB Hicom, Media Prima, Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Pengairan Dan Saliran dan lain-lain.

Sebagai penata gaya hijab (stailis) dan perunding imej kepada penyanyi popular Malaysia, Mizz Nina, yang kini memiliki busana Muslimah, Madeena sejak akhir tahun 2013, membolehkan Puan Emi terbang ke luar negara untuk tugasan membeli belah bersama , menata gaya hijab Mizz Nina untuk sesi fotografi majalah, menata gaya model untuk fotografi komersial Madeena dan yang terbaru menata gaya hijab model untuk pertunjukan fesyen Muslimah sempena Being Me – Empowered Muslimah International Conference , bertempat di Putrajaya International Convention Centre juga dalam mempamerkan rekaan dan koleksi terbaru Madeena.

Fotografi komersial yang menonjolkan fesyen muslimah dan gaya hijab , diambil untuk papan iklan (billboard) Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Mall baru baru ini juga, membolehkan bakatnya diiktiraf oleh fesyen stailis senior, En Calvin Cheong, juga pemilik butik SeeThrough Concept Store, di Bangsar.

Top2ToeStyliesta Image Consulting mendapat liputan di media massa, berikutan penglibatan beliau sebagai duta Hari Hijab Sedunia 2014, mewakili Kuala Lumpur , seperti di Harakah English Daily, TV Al Hijrah, Galaksi TV9 dan Kosmo. Puan Emi juga dipanggil untuk menjayakan slot Safiyya TV9 untuk berbicara mengenai topik ‘Selfie’, selain dipilih oleh media cetak Sinar Harian untuk diketengahkan di dalam ruangan Wanita Oh Wanita (WOW) Personaliti Hebat.

Aspirasi untuk mendidik individu dan organisasi di Malaysia, dengan mewujudkan kesedaran bahawa pentingnya penampilan diri seseorang, tingkah laku dan komunikasi dengan menitik beratkan penjenamaan peribadi di dalam program  “Menguasai Sains Dan Seni di sebalik Tanggapan Pertama” dan “Siri Program Profesional” melalui program latihan dalaman dan awam, bengkel dan seminar malah juga melalui konsultasi secara individu ataupun perseorangan.

Komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, baru baru ini Top2ToeStyliesta Image Consulting selaku ‘Associate’ kepada IITTI  , telah memperkenalkan satu bentuk program pemeriksaan ujian standard yang memberi manfaat kepada seluruh organisasi korporat mahupun kerajaan, pelajar lepasan ijazah dan penganggur yang mencari pekerjaan, di mana kertas ujian disediakan dan disahkan oleh Institut Latihan Imej dan Ujian Antarabangsa (IITTI – disebut sebagai ‘ET’)  iaitu satu badan bukan untuk keuntungan , sebuah organisasi pendidikan yang ditubuh oleh sekumpulan Perunding Imej dan Etika yang berpengalaman dan bertauliah daripada Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI), satu-satunya badan profesional terbesar di dunia buat perunding imej peribadi dan korporat.

Dengan tertubuhnya IITTI yang menawarkan ujian dan struktur pensijilan pengurusan imej, etika dan protokol perniagaan yang standard secara global, Top2ToeStyliesta percaya ini akan menjadi alat ukuran penilaian yang sangat penting dan bermanfaat buat pelanggan kami.

Majikan, terutamanya kakitangan Sumber Manusia syarikat boleh menggunakan peperiksaan ini sebagai medium penilaian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman pengurusan imej peribadi dan profesional , etika perniagaan, dan amalan dandanan peribadi , baik untuk kakitangan syarikat mahupun pemohon atau calon temuduga.

Dengan pensijilan IITTI – tentunya ia salah satu cara terbaik untuk mengukur Pulangan Pelaburan Anda (Return of Investment)

Mulakan pengalaman penjenamaan imej peribadi & profesional anda dengan kami,  hubungi Top2ToeStyliesta Image Consulting hari ini!


Top